fbpx

Harga timun turun 30 sen sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar (dua dari kanan) memasukkan timun ke dalam guni untuk diberikan kepada orang ramai di Kampung SIput, Baling semalam.

BALING – Hasil yang dituai sangat banyak, tetapi harga pula jatuh merundum.

Itu situasi yang dialami seorang pengusaha ladang timun dari Kampung Siput, Mukim Siong di sini apabila empat tan timun batang yang diusahakannya tidak dapat dipasarkan berikutan harganya yang jatuh.

Azhar Rahman, 53, berkata, dia mengalami kerugian apabila harga buah timun yang di­tuainya sejak beberapa hari lalu hanya boleh dijual pada harga 30 sen sekilogram kepada pemborong.

“Sebaik sahaja saya menuai hasil timun ini, harganya terus jatuh sehingga 30 sen seperti yang diminta oleh pemborong dan ia amat merugikan.

“Ekoran berlaku lambakan timun, saya terpaksa melelong hasil tanaman ini kepada sesiapa sahaja yang mahu mengambilnya,” kata Azhar ketika ditemui di ladang timun miliknya di Kampung Siput, Mukim Siong semalam.

Menurutnya, dia telah mengeluarkan modal sebanyak RM600,000 untuk membeli baja, pam air, buluh, jala dan sebagainya bagi tujuan penanaman timun dan cili di atas tanah seluas kira-kira 1.5 hektar sejak lima tahun lalu.

Katanya, hasil timun boleh dikutip sebanyak lima kali setahun kerana tempoh penanaman hanya mengambil masa 38 hari.

“Dalam pasaran semasa, timun dijual pada harga RM2 hingga RM5 sekilo, tetapi saya dan pengusaha yang lain hanya menjualnya dengan harga 30 sen,” kata Azhar.

Dalam pada itu, Azhar berharap pihak yang berkenaan tidak mengimport hasil tanaman dari luar dan utamakan barangan yang dikeluarkan oleh petani tempatan bagi mengelakkan lambakan hasil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI