fbpx

D&D Signature Vacation meterai kerjasama dengan Kobest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEVARAJ (kiri) dan Jamaluddin (kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama strategik di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat pelancongan D&D Signature Vacation (M) Sdn. Bhd. (D&D Signature) berkeyakinan terhadap usaha syarikat bekerjasama dengan Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad (Kobest) dapat membantu menjana hasil yang lebih baik kepada koperasi dalam segmen pelancongan.

Pengarah Urusan D&D Signature, Devaraj Narayanan berkata, kerjasama itu bertepatan dengan keadaan semasa yang mana sempadan negara telah mula dibuka dan aktiviti dalam sektor pelancongan juga semakin rancak.

“Daripada formula sebelum ini, ia telah terbukti membawa pulangan yang tinggi kepada koperasi tanpa perlu mereka mengeluarkan modal yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pemeteraian kerjasama strategik antara D&D Signature dengan Kobest di sini baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Kobest, Datuk Jamaluddin Abdul Razak.

Devaraj menerangkan, syarikat D&D Signature terkenal sebagai penyedia pakej percutian dalam kategori bajet, ekonomi dan premium.

“Produk terlaris kami adalah D&D Premium Reward Travel Passport yang mana ia merupakan pakej mesra pengguna dan memberi penjimatan sehingga 40 peratus kepada pelanggan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI