fbpx

Cef Wan bukan mentua dari ‘neraka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNAH kecewa dengan tindakan Serina yang bernikah tanpa pengetahuannya, keharmonian hubungan Cef Wan dengan anak dan menantunya dilihat kembali pulih.

DIVA betul-betul tabik hormat dengan cef selebriti bermulut lantang, siapa lagi kalau bukan Datuk Cef Wan.

Biarpun dilihat selalu jujur dan jarang bertapis setiap kali bercerita tentang anak menantu, naluri kebapaannya tetap menebal. Kasih sayangnya terhadap anak-anak, seperti buat Serina dan menantu, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin juga tidak pernah luntur walaupun mukanya telah ‘dilumur arang’ sebelum ini.

Dalam marah-marah kerana isu ‘kahwin lari’, Cef Wan tetap menghulurkan duit membantu Serina dan suami mengubah suai kediaman mereka di perlis.

Kata Cef Wan, busuk-busuk pun anak sendiri juga. Dia juga menyifatkan menantunya itu tidaklah buruk seperti bekas menantunya sebelum ini.

Ternyata perkongsian Cef Wan tentang perkara tersebut meraih pujian daripada netizen.

Melihat keharmonian tersebut, ramai juga netizen mendoakan agar perkahwinan kedua Serina kali ini kekal sehingga ke akhir hayat.

“Sebagai pengikut, saya nampak kebaikan cef sebagai seorang bapa mentua. Macam-macam yang cef lakukan untuk bantu anak,” kata seorang pengikutnya.

“Semoga jodoh Serina kali ini kekal sehingga ke akhir hayat,” komen seorang lagi netizen.

DIVA: Mancung betul hidung anak pasangan selebriti Harris Haris dengan Intan Ladyana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI