fbpx

Budak perempuan cuba tahan kereta mengundur maut digilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang menggilis kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun sehingga maut dalam kejadian di Kampung Keledang Luar di Tawar, Baling semalam.

BALING – Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis sebuah kereta ketika cuba menahan kenderaan tersebut yang mengundur dalam kejadian di Kampung Keledang Luar di Tawar dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa dikatakan masuk ke dalam kereta jenis Proton Wira dan bermain di tempat duduk pemandu sebelum dipercayai menurunkan brek kereta tersebut.

Mangsa yang panik apabila kereta berkenaan bergerak secara mengundur terus keluar dan berlari ke arah belakang untuk menahan kereta itu daripada bergerak.

Tindakan pelajar Sekolah Kebangsaan Tawar terbabit bagaimanapun menyebabkan dia digilis sehingga mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan pada kepala dan disyaki patah tulang tengkorak.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memberitahu, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama bapa saudara dan tiga adik beradiknya yang lain berusia antara tujuh hingga 15 tahun.

Katanya, kejadian disedari bapa saudara mangsa apabila terdengar jeritan tiga anak saudaranya menyatakan mangsa berada di bawah kereta.

“Bapa saudara bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati anak saudaranya itu sedang berusaha mengeluarkan mangsa sebelum lelaki itu bertindak menolak kereta ke arah hadapan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus menghantarnya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani menggunakan van ambulans swasta milik tempat bapa saudara mangsa bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI