fbpx

Bomba ambil masa 30 minit keluarkan cincin kelulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan cincin di jari manis mangsa.

SEREMBAN – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terpaksa meminta bantuan daripada bomba bagi memotong sebentuk cincin yang tersekat di jari manis tangan kanannya semalam.

Ketua Balai Bomba Balai Bomba Mantin, Priscilla Carol Thomas berkata, dalam kejadian malam semalam itu, mangsa yang berusia 30-an dipercayai datang dari Kuala Lumpur melawat rakannya di Mantin dekat sini.

“Mangsa yang tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Mantin pada pukul 8.50 malam, memberitahu dia cuba menanggalkan cincin tersebut pada waktu siang kerana tidak mahu lagi memakai cincin tersebut.

“Mangsa dikatakan sudah mencuba pelbagai cara seperti menggunakan benang, memakai minyak masak dan merendam tangan menggunakan ais namun masih gagal untuk menanggalkan cincin.

“Lelaki itu juga ke sebuah pusat perubatan namun diminta untuk datang ke balai bomba Mantin untuk mendapatkan perkhidmatan khas memotong cincin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, pihak bomba telah menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin berkenaan dengan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk memotong dan menanggalkan cincin jenis kelulut. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI