fbpx

Bella rindu berbuka puasa bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA selesa memilih berbuka bersama keluarga pada bulan Ramadan.

SEJAK 2020, sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini di­sambut secara ala kadar di­sebabkan pandemik Covid-19.

Namun, pada tahun ini, ramai yang merancang untuk beraya sakan termasuk gadis yang menghiasi kolum Pesona Ahad minggu ini, Farhana Nabila Rosman.

Gadis berusia 26 tahun yang mesra disapa Bella tidak dapat menyorok rasa teruja tatkala bercerita mengenai sambutan puasa dan raya pada tahun ini.

Bagi anak kelahiran Kuala Lumpur ini, berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga merupakan momen yang paling dinantikan selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian bagi mengelak penularan virus Covid-19.

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama gadis cantik ini mengenai aktiviti pada bulan Ramadan dan peranca­ngan pada Syawal nanti.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan siapakah Bella?
Bella: Saya merupakan seorang pegawai perhubu­ngan awam (PRO) di sebuah syarikat swasta. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur dan masih bujang.

Sudah dua minggu umat Islam berpuasa, Bagaimana de­ngan Bella?
Alhamdullilah, seronok kera­na puasa tahun ini berbeza dengan dua tahun sebelumnya. Walaupun bebas ke sana sini, namun kita harus berwaspada. Bagi saya Ramadan adalah masa terbaik untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amalan dan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Selain PRO, Bella juga mela­kukan kerja sambilan sebagai model. Boleh ceritakan?
Modeling merupakan kerjaya sambilan saya, manakala pekerjaan hakiki adalah PRO. Memang agak sibuk menguruskan kedua-duanya, namun setakat ini masih terkawal.

SELAIN mempunyai kerjaya tetap, Bella juga menjadi model secara sambilan.

Perkara paling dirindui ketika bulan puasa?
Berbuka puasa bersama keluarga kerana pada bulan-bulan lain kami sibuk dengan urusan masing-masing.

Memasak atau membeli juadah di bazar?
Pastinya masakan emak menjadi pilihan pada bulan Ramadan. Jika tidak berbuka bersama keluarga, menu seperti mi atau bihun di bazar menjadi pilihan saya.

Bella memiliki kulit yang mulus, boleh kongsikan tip?
Minum air putih secukupnya. Pada bulan puasa kita kurang meminum air, jadi selepas berbuka saya akan pastikan meminum air banyak agar kulit sentiasa lembap.

Perkara paling dirindui semasa Aidilfitri?
Sudah tentu mahu berkunjung ke rumah terbuka kerana boleh berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara ke­rana sebelum ini kita berkurung dan tidak boleh mene­rima te­tamu. Pada tahun ini juga, saya akan masuk dapur membantu ibu me­nyediakan juadah raya. Juadah kegemaran adalah rendang, lemang dan soto.

Nasihat kepada ga­dis untuk kekal sihat di bulan puasa?
Elakkan makan secara berlebihan. Saya pula sentiasa me­lebihkan pengambilan lauk-pauk berbanding nasi ketika berbuka puasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI