fbpx

APMM Pulau Pinang rampas 70 set bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bubu naga yang dirampas APMM Pulau Pinang di perairan Sungai Udang dekat Nibong Tebal semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas 70 set bubu naga dalam operasi di lima lokasi iaitu pada kedudukan antara 2.2 kilometer (km) hingga 4.2 km barat laut perairan Sungai Udang, Nibong Tebal dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, Op Pertiwi/Benteng Laut itu dijalankan sekitar pukul 2.20 hingga 3 petang.

“Ia adalah rampasan kedua yang dilakukan oleh pasukan operasi semasa rondaan rutin operasi bersepadu itu.

“Sebelum ini pasukan operasi APMM Pulau Pinang telah merampas 28 set bubu naga di perairan Batu Kawan iaitu pada malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemantauan berterusan oleh pasukannya itu telah berjaya mengesan beberapa pelampung yang mencurigakan di lima lokasi sebelum menemui 70 set bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.

”Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai RM8,400 tersebut dirampas dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Penggunaan bubu naga adalah diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI