fbpx

‘Angkut’ anak ke set penggambaran, Nad Zainal ada sebab tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD sengaja membawa anaknya ke set penggambaran bertujuan memberi pendedahan awal kerjayanya sebagai seorang pelakon.

PETALING JAYA – Kerap pulang lewat dan tiada masa bersama anak tersayang membulatkan hati pelakon Nad Zainal bertindak membawa putera sulungnya, Fahad Ibrahim ke lokasi penggambaran.

Kata Nad, kerjayanya sebagai pelakon yang tidak mengira masa dan kerap pulang lewat ke rumah sebelum ini sering dipersoalkan anaknya itu.

Pelakon Dendam Seorang Isteri juga percaya, tindakannya mampu memberi pendedahan awal kerjayanya sebagai seorang pelakon untuk difahami si anak.

“Semalam adalah hari bawa anak ke kantor (pejabat), bagi dia faham kenapa mommy (emak) dia selalu balik lewat.

“Tapi dia happy (gembira) pula semalam, risau pula esok dia minta nak ikut lagi,” tulisnya.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Nad turut memuat naik video kenangan pertama kali ditemani anak lelakinya itu ketika sedang bekerja.

Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini memasuki usia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI