fbpx

5,624 kes Covid-19, 10,041 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan dengan 5,624 kes termasuk 17 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,427,067 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 10,041 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,310,599 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 1,765 kes (31.38 peratus), kategori dua sebanyak 3,835 kes (68.19 peratus), kategori tiga sebanyak 12 kes (0.21 peratus), kategori empat sebanyak enam kes (0.11 peratus) dan kategori lima enam kes (0.11 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 24 kes kategori tiga, empat dan lima, 10 kes (41.67 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, lapan kes (33.33 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan enam kes (25.00 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 12 kes (50.00 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 12 kes (50.00 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (4.17 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 89 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,491 kes serta sebanyak dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,513 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI