fbpx

Zarco tempah petak utama, Bagnaia dikejarkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarco

PORTIMAO – Pelumba Pramac Racing, Johann Zarco melakukan kejutan apabila menempah petak utama sulung pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2022 selepas merekodkan masa terpantas pada sesi kelayakan di Grand Prix (GP) Portugal sebentar tadi.

Pada awal sesi kelayakan tersebut, Zarco dilihat mengambil langkah berhati-hati apabila beberapa sektor di Litar Algarve sedikit basah dan licin sekali gus menyukarkan pelumba untuk memecut laju.

Bagaimanapun, Zarco bijak mengambil peluang apabila kembali memberi tentangan sejurus litar mula kering dan merekodkan masa terpantas satu minit 42.003 saat(s).

Pelumba Suzuki, Joan Mir terpaksa akur dan memulakan saingan petak kedua manakala Aleix Espargaro (Aprilia) berada di tempat ketiga dengan catatan satu minit 42.235s.

Malang menimpa Marc Marquez (Honda) apabila catatan terbaiknya pada pusingan terakhir dibatalkan gara-gara bendera kuning dikibarkan berikutan kemalangan Pol Espargaro (Repsol Honda) dan memulakan perlumbaan di petak sembilan.

Pelumba Ducati, Jack Miller, Fabio Quartararo (Yamaha) dan Marco Bezzecchi (VR46) akan memulakan saingan di baris kedua.

Sementara itu, pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang terjatuh pada sesi kelayakan pertama bernasib baik apabila disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kini mendapat rawatan susulan di hospital. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI