fbpx

Warga emas mengemis cari wang beli makanan, baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JKM bertanya keadaan Che Muda (duduk) semasa dia meminta sedekah di kaki lima di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu hari ini. FOTO: ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) fizikal tiada pilihan lain sehingga terpaksa meminta sedekah di Pasar Siti Khadijah di sini sejak dua hari lalu bagi membeli makanan berbuka puasa dan baju raya.

Kisah yang menimpa Che Muda Ismail, 77, terbongkar selepas dia lapan pengemis lain dicekup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menjalankan operasi di sekitar daerah ini hari ini.

Menurut Che Muda, dia tinggal di rumah anak saudaranya di Pulai Chondong, Machang sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu dua hari lalu dengan menaiki teksi.

Dalam tempoh itu, dia keluar pada waktu pagi dan pulang semula ke rumah anak saudaranya pada waktu petang.

“Dia (anak saudara) tidak tahu saya keluar mengemis di Kota Bharu. Saya nekad untuk mencari wang sendiri untuk membeli makanan berbuka dan baju raya.

“Saya tinggal sebatang kara selepas berpisah dengan isteri baru-baru ini. Saya pernah berkahwin dengan sembilan wanita sebelum ini namun semuanya berakhir dengan perceraian dan tidak mempunyai zuriat.

“Saya cacat anggota badan kerana terlibat kemalangan beberapa tahun lalu. Akibat nahas itu, saya mendapat pampasan RM100,000 tiga tahun lalu. Separuh wang itu diberikan kepada isteri terakhir. Malangnya, dia lari meninggalkan saya apabila semua wang itu habis digunakan tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, polis dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, seramai sembilan warga emas berusia 60 hingga 70 tahun ditahan kerana meminta sedekah di kawasan kaki lima.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Kelantan, Mohamad Md. Nor berkata, pihaknya akan menghantar Che Muda semula ke rumah anak saudaranya selepas proses dokumentasi.

Semakan mendapati, Che Muda menerima bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan sejak tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI