JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang berjoget ketika suaminya terlantar sakit di katil hospital, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dikongsikan menerusi akaun Instagram @lambegosiip.
Dalam klip video tersebut, seorang wanita dilihat menari keriangan mengikut rentak muzik ketika suaminya terlantar di katil hospital.
“Kamu meninggal dunia, saya berparti,’’ tulis wanita itu pada video berkenaan.
Setelah disiasat, wanita itu melakukan perkara sedemikian setelah mengetahui bahawa suaminya berlaku curang. Dia mengaku perkahwinannya selama 13 tahun telah musnah apabila hadirnya orang ketiga.
Walaupun berang, dia tetap menjaga suaminya yang sedang sakit. Apabila suaminya tidur, dia tidak teragak-agak untuk menari dengan santai.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Masih bersyukur dia dijaga. Kalau saya sudah lama ditinggalkan,’’ tulis seorang netizen.
“Baik sangat kak masih mahu jaga. Kalau saya lihat mukanya saja pun tak mahu,’’ komen netizen lain. – Agensi