fbpx

USA ekstradisi bekas Presiden Honduras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HERNANDEZ ( dua, kanan) diiringi anggota pasukan keselamatan menuju ke sebuah pesawat milik DEA di Pangkalan Tentera Udara AS di Tegucigalpa kelmarin. - AFP

TEGUCIGALPA – Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez diekstradisi ke Amerika Syarikat (USA) kelmarin untuk dibicarakan kerana didakwa membantu penyeludupan beratus-ratus tan kokain ke AS dan menerima jutaan dolar dalam bentuk rasuah.

Pemimpin berusia 23 tahun itu yang pentadbirannya dari tahun 2014 hingga 2022 dicemari oleh tuduhan rasuah, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Agensi berita AFP menyaksikan Hernandez meninggalkan sebuah pangkalan tentera udara di Tegucigalpa dengan menaiki pesawat milik Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) menuju ke USA. Dia dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini (waktu Malaysia).

Hernandez dituduh membantu menyeludup kira-kira 500 tan kokain yang kebanyakannya dari Colombia dan Venezuela menuju ke USA melalui Honduras sejak tahun 2004, lama sebelum dia dipilih sebagai Presiden Honduras.

Sebagai habuan, dia menerima sogokan ‘jutaan dolar’ daripada berbilang organisasi penyeludupan narkotik di Honduras, Mexico dan tempat lain, demikian menurut dokumen Kedutaan USA.

Kertas pertuduhan yang difailkan oleh pendakwa raya di New York mengenakan tiga pertuduhan dadah dan satu pertuduhan kesalahan senjata api terhadap Hernandez.

“Hernandez menyalahgunakan kedudukannya sebagai Presiden Honduras untuk mengendalikan negara itu sebagai negara narkotik,” kata Peguam Negara USA, Merrick Garland kepada pemberita.

Tidak sampai tiga minggu selepas pengundurannya, satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Hernandez atas permintaan Washington dan dia menyerah diri kepada polis pada 15 Februari lalu.

Dia kemudian ditahan di sebuah penjara pasukan khas polis di ibu negara Honduras,Tegucigalpa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI