fbpx

Tiada kompromi pemandu mabuk – Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai enam pemandu mabuk ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, lewat malam semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan enam pemandu mabuk dalam operasi bermula tengah malam tadi di beberapa lokasi tumpuan yang dikenal pasti di sekitar bandar raya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintenden M. Kumarasan berkata, mereka yang ditahan berusia 22 hingga 45 tahun

Dalam operasi itu, sebanyak 112 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

“Sejak awal tahun ini, kita menahan seramai 224 pemandu mabuk. Daripada jumlah itu, 215 adalah pemandu lelaki manakala sembilan pemandu wanita berusia 20 hingga 70 tahun.

“Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dipinda telah memperuntukkan hukuman lebih berat bagi kesalahan memandu mabuk, namun orang ramai masih ambil ringan perkara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan khususnya selepas peralihan fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa sejak 1 April lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI