fbpx

SKM lancar Koperasi Juah Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Pengerusi SKM, Siti Azlin Mohamed Dauta (tengah) dan Pengerusi Eksekutif Koperasi Juah Berhad, Datuk Zul Azahari Mohamed Juah (dua dari kanan) bergambar bersama ahli koperasi selepas majlis pelancaran di Hotel Sheraton Imperial. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini melancarkan Koperasi Juah Berhad di Hotel Sheraton Imperial di sini.

Naib Pengerusi SKM, Siti Azlin Mohamed Dauta berkata, Koperasi Juah Berhad ini mempunyai potensi tinggi untuk berjaya dalam bidang pertanian pada masa hadapan.

“Ia berdasarkan komitmen bersungguh-sungguh ahli koperasi yang mahu merealisasikan penubuhan koperasi ini selain membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Difahamkan, koperasi yang baru ditubuhkan pada 24 Mac ini akan menjalankan aktiviti berdasarkan pertanian yang berpotensi tinggi untuk menjana keuntungan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Koperasi Juah Berhad di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Koperasi Juah Berhad, Datuk Zul Azahari Mohamed Juah berkata, pelancaran koperasi ini mencipta satu sejarah baharu dalam bidang pertanian.

“Kita telah menyediakan perancangan dan aktiviti untuk koperasi ini selain ingin melahirkan lebih ramai teknokrat dalam bidang pertanian melalui koperasi ini.

“Setakat ini, kita mempunyai kira-kira 2,000 ahli aktif dalam koperasi ini dan terdapat dua projek utama yang sedang dilaksanakan di Johor serta Melaka melibatkan penanaman nanas dan halia bara.

“Antara objektif penubuhan koperasi ini ialah membantu penyertaan anggota dalam menggerakkan industri pertanian, merealisasikan impian anggota untuk meningkatkan taraf hidup dan menjadi pusat rujukan dan tabung bantuan inkubator modal perniagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI