fbpx

Sedih tak sempat beli baju raya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Adam (kiri) dan Khairul terbunuh dalam kemalangan meragut tiga remaja di Jalan Delima, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor semalam.

PASIR GUDANG – Ibu mangsa kemalangan di Taman Kota Masai, di sini malam tadi berduka apabila anaknya tidak sempat meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman pada bulan depan.

Lily Nor Ilyana Abdullah, 40, berkata, kejadian itu mengejutkan kerana anak sulungnya, Muhd. Adam Danish Mohd Fairu, 16, sempat mengambilnya dari tempat meniaga untuk dihantar pulang ke rumah beberapa jam sebelum kejadian tersebut berlaku.

“Saya berasa sebak memikirkan hasrat untuk membelikan baju baharu untuknya tidak kesampaian.

“Sekurang-kurangnya kami dapat tunai keinginan arwah untuk pulang ke kampung kerana dia akan dikebumikan di Pengkalan Chepa, Kelantan selepas selesai bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya.

Lily Nor Ilyana memberitahu, arwah merupakan penuntut tahun pertama di pusat latihan kemahiran GiatMARA di Pasir Gudang, di sini.

“Perit buat kami sekeluarga menerima berita pemergian arwah, namun harus reda,” katanya.

Lily Nor Ilyana berkata, Muhd. Adam bukan ‘mat rempit’ seperti yang dikatakan, bahkan dia tidak pernah terjebak dalam aktiviti tersebut sebelum ini.

Arwah aseorang anak yang bertanggungjawab dan banyak membantu keluarga.

Berita berkaitan: Padah berlumba, tiga remaja maut dan seorang parah

“Tidak disangka motosikal dinaiki bersama seorang rakan dirempuh motosikal lain dipercayai milik remaja yang terbabit dalam lumba haram.

“Mereka adalah sahabat baik dan kedua-duanya tiada kaitan dengan kumpulan remaja yang terbabit lumba haram,” katanya.

Polis mengesahkan kejadian membabitkan tiga motosikal yang menyebabkan tiga kematian dan seorang parah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI