fbpx

Russia akhirnya mengaku kapal perang Moskva karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang didakwa kapal Moskva sedang karam tular di Twitter pada minggu lalu. - Twitter

MOSCOW – Kerajaan Rusia akhirnya mengakui bahawa kapal perang utamanya,  Moskva karam dengan seorang anggota tentera terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 27 yang lain hilang, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Pengesahan itu dibuat selepas Moscow menafikan selama beberapa hari bahawa Moskva tenggelam ke dasar Laut Hitam selepas terkena bedilan peluru berpandu Ukraine pada minggu lalu.

Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan bahawa seramai 396 anak kapal yang lain berjaya diselamatkan tetapi tidak memberikan penjelasan untuk laporan bercanggah dan penafian sebelum ini.

Kehilangan kapal jelajah kruzer peluru berpandu Rusia yang juga kapal utama di Laut Hitam itu adalah kejutan yang memalukan buat Moscow.

Pada mulanya, Kremlin menegaskan bahawa kebakaran berlaku selepas simpanan peluru di dalam kapal itu meletup tanpa memberikan sebarang butiran lanjut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI