fbpx

PGA tahan 17 tekong darat dalang seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kiri) menunjukkan gambar kejayaan PGA menahan tekong darat dan PATI sepanjang tempoh penugasan Op Wawasan Kelantan di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Rantau Panjang semalam. - FOTO: YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 17 orang warga tempatan yang bertindak sebagai tekong darat membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang penugasan di Ops Wawasan Kelantan bermula pada 21 Mac lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, jumlah itu melibatkan seramai 15 orang lelaki dan dua wanita yang terlibat dalam kegiatan membawa masuk PATI secara haram ke negara ini.

Menurutnya, selain itu, seramai 134 PATI dari Thailand, Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Yaman berjaya dicekup sepanjang tempoh itu.

“Kita juga mendapati terdapat pertambahan tangkapan PATI melibatkan warga Myanmar dari etnik Rohingya. Ia dapat dilihat apabila seramai 73 lelaki dan 19 wanita telah berjaya ditahan.

“Peningkatan itu dipercayai berpunca daripada pergolakan yang berlaku negara berkenaan sehingga memaksa mereka melarikan diri ke negara ini untuk mencari perlindungan dan pekerjaan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA Lubok Stol di sini semalam.

Azhari memberitahu, kesemua PATI termasuk tekong darat itu telah didakwa bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, sepanjang tempoh penugasan itu, Batalion 7 PGA turut berjaya merampas pelbagai barangan seludup termasuk kenderaan yang digunakan penyeludup bernilai RM7.06 juta.

“Jumlah itu direkodkan menerusi 137 kes dan rampasan berkait aktiviti jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI