fbpx

Penganggur baru belajar jadi pengedar air ketum ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daun dan air ketum yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

DUNGUN – Cubaan seorang penganggur berjinak-jinak memproses dan mengedar air ketum sejak sebulan lalu membawa padah apabila dia diberkas polis hari ini.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di tepi jalan berhampiran Arena Square di sini pada pukul 12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah yang dipercayai disewa khas bagi memproses ketum di Kampung Sura Tengah di sini.

“Kita merampas 14.2 kilogram daun ketum, 289 liter air ketum yang dibungkus dalam 289 plastik dan tiga mililiter kodin.

“Wang tunai RM2,240 dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses air ketum turut dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI