fbpx

MAFI agih 1,500 bekas bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program tersebut juga diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengagihkan sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk kepada warga kerjanya di Wisma Tani, Putrajaya dekat sini semalam.

MAFI dalam kenyataan berkata, program agihan bubur lambuk berkenaan merupakan anjuran kelab MAFI dan Puspanita dengan kerjasama Agrobank serta CommerceDotCOm.

“Setiap tahun, MAFI cuba mengekalkan tradisi agihan bubur lambuk dan tahun ini, sekali lagi berjaya dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bubur lambuk adalah hidangan simbolik pada bulan Ramadan kerana ia merupakan juadah seimbang untuk berbuka puasa. Program ini juga dilaksanakan di seluruh negara tanpa mengira latar belakang kaum dan agama,” katanya di sini hari ini.

MAFI turut berharap penganjuran program tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan selain mengeratkan lagi hubungan antara warga kerja kementerian tersebut.

Program terbabit juga diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI