JAKARTA – Seorang lelaki mencuri perhatian netizen apabila memberi testimoni baju kebaya yang dibeli untuk teman wanitanya dengan cara unik, lapor laman berita Suara semalam.
Menurut lelaki itu, dia membeli kebaya tersebut sebagai hadiah buat kekasihnya dan penjual online meminta dia memberikan penilaian terhadap produk yang dibeli.
Lelaki itu secara spontan menyarung baju kebaya itu dan merakam gambar untuk diberikan sebagai testimoni.
“Ini sebenarnya hadiah buat teman wanita saya tetapi saya sengaja mencuba memakainya kerana berasakan ia akan menjadi sesuatu yang lucu.
“Jangan salah faham, saya lelaki sejati,” tulis lelaki itu pada status yang dimuat naik di laman Twitter.
Foto lelaki yang berkebaya itu mengundang pelbagai komen, namun kebanyakan netizen memahami niat lelaki itu hanya bergurau.
“Beruntung teman wanitanya kerana memiliki kekasih yang mahu mencuba dulu baju yang dibeli sama ada berkualiti atau tidak,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi