fbpx

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui maut selepas terkena renjatan pada pagar elektrik di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Chatel, Lata Rek, Kuala Krai semalam. - FOTO: IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik yang dipasang pada pagar di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Chatel, Lata Rek di sini semalam.

Mayat mangsa, Rohafizi Ismail, 33, dijumpai dalam keadaan terbaring berhampiran pagar pada pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kejadian disedari adiknya, Abdul Halim Ismail selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.

Abdul Halim bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati abangnya terbaring lalu membuat laporan di Balai Polis Laloh di sini.

“Pegawai kesihatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Hasil bedah siasat di Hospital Sultan Ismail Petra di sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI