fbpx

Kilang kimia terbesar di Russia terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Loji Kimia Dmitrievsky yang terbakar sehingga memaksa 150 pekerja dipindahkan. – east2west news

MOSCOW – Satu kebakaran dilaporkan berlaku di loji kimia terbesar di Russia, hanya beberapa jam selepas tujuh orang terkorban dalam kebakaran lain di sebuah fasiliti tentera, lapor portal berita MailOnline.

Kepulan asap hitam menyelubungi Loji Kimia Dmitrievsky kelmarin, memaksa hampir 150 pekerja dipindahkan. Punca kebakaran tersebut masih belum dikenal pasti. 

Loji kimia yang terletak di bandar Kineshma, timur Moscow itu menghasilkan lebih banyak bahan pelarut industri berbanding loji lain di Russia. Kedudukannya kurang 1,000 kilometer dari sempadan Ukraine.

“Kilang ini adalah pengeluar pelarut terbesar di Russia. Ia terletak 402.3 kilometer ke timur Moscow. Kami melihat api merebak,’’ demikian menurut pemandu kereta lumba, Igor Susko di laman Twitter ketika memuat naik rakaman kebakaran.

Kebakaran loji kimia itu dilaporkan hanya beberapa jam selepas kebakaran berasingan berlaku di sebuah fasiliti penyelidikan rahsia milik Kementerian Pertahanan Russia di Tver, barat Moscow. Fasiliti itu terdiri daripada institut penyelidikan dan kilang senjata.

Dalam kejadian berkenaan, tujuh nyawa melayang dengan 25 yang lain cedera selepas bumbung bangunan institut tersebut runtuh. Empat saintis tentera terpaksa melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri. Fasiliti tersebut digunakan untuk membangunkan sistem senjata dan angkasa baharu.

Punca kebakaran tidak dijelaskan, namun laporan mendapati munculnya kepulan asap hitam kebiruan beracun di kilang tersebut yang digunakan untuk menghasilkan peluru berpandu Iskander.

Peluru berpandu Iskander mampu dilancarkan sejauh 482.8 kilometer dan direka untuk mengelirukan sistem pertahanan dengan terbang pada trajektori rendah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI