fbpx

Suami isteri hidap kanser tak mampu bayar sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAR dan Rosidah menunjukkan sebahagian ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mereka di Taman Sri Pinang, Seremban kelmarin.

SEREMBAN – Sepasang warga emas tidak pernah terfikir akan melalui kehidupan sukar pada usia tua sehingga berdepan notis untuk keluar dari rumah sewa hujung bulan ini selepas beberapa kali gagal membayar tunggakan.

Lebih menyedihkan apabila Umar Alwyn Peter Abdullah, 58, dan isterinya, Rosidah Sentol, 58, kini menderita penyakit kanser, sekali gus menjejaskan kegembiraan mereka untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Umar yang juga seorang mualaf berkata, dia kehilangan sumber pendapatan selepas disahkan menghidap kanser buah pinggang pada 2012.

“Saya pernah bekerja sebagai pengurus syarikat stesen minyak dan selepas kontrak kerja tidak lagi disambung, saya dan isteri mencari rezeki dengan berniaga makanan (katering) dari rumah.

“Namun, disebabkan masalah kesihatan, kami tidak mampu lagi meneruskan perniagaan sehinggalah pada 2019 isteri pula disahkan menghidap kanser payu dara,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Sri Pinang di sini kelmarin.

Terdahulu, mereka me­nerima kunjungan Pertubuhan Kebaji­kan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) yang membantu membayar dua bulan tunggakan sewa rumah.

Menurut Umar, disebabkan masalah kewangan, dua buah rumah dan dua kereta miliknya terpaksa dilelong oleh pihak bank, menyebabkan mereka menyewa rumah lain.

“Sejak itu kami kerap berpindah dan mula menyewa rumah ini bermula Oktober 2020.

“Sekarang ini saya hanya fikir di mana tempat kami hendak tinggal selepas ini,” katanya yang terpaksa berulang alik ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu Penolong Pe­ngarah Unit Kebajikan dan Skuad Gerak Khas Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Noor Fathihah Osman yang melawat pasangan suami isteri itu berkata, MAINS akan membantu menyelesaikan tunggakan sewa enam bulan dan tunggakan bil elektrik dan air lebih RM1,000.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang melalui akaun bank CIMB 7615331859 (Rosidah Sentol).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI