LARUT – Pemberian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi pelarian Rohingya perlu diperhalusi semula agar mereka tidak terus masuk dan bebas di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia bagi mengetahui mengapa pemegang kad UNCHR boleh berada di sini dengan sebebasnya termasuk memberikan kad itu kepada pelarian yang baru tiba dengan mudah.
“Orang asing datang masuk negara kita tanpa dokumen, lepas itu terus nak pergi dapatkan kad UNHCR. Ini sesuatu yang tidak betul.
“Kita bukan membuka negara kita untuk pendaftaran UNHCR,” katanya selepas Penyampaian Majlis Sumbangan Asnaf Parlimen Larut di Dewan Astaka Batu Kurau di sini hari ini.
Beliau turut bertegas bahawa pemegang kad UNHCR itu bukan bermakna mereka boleh tinggal dalam negara ini untuk selamanya. – KOSMO! ONLINE