fbpx

CSR, YIDE beri kelengkapan sekolah kepada hampir 900 anak-anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penerima barang kelengkapan sekolah sumbangan CSR dan YIDE.

PETALING JAYA – Hampir 900 anak yatim dari seluruh Selangor menerima kelengkapan persekolahan melalui Program Jom Ke Sekolah Bersama CSR telah diadakan di Rumah Bakti Al Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Rozita Ahmad berkata, program kerjasama antara CSR dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) itu telah mula dianjurkan pada 2018 bagi menyantuni anak-anak dari pusat kebajikan anak yatim di sekitar Selangor.

Katanya, pada tahun ini, CSR telah memperuntukan RM150,000 bagi menzahirkan program tersebut.

“Inisiatif ini merupakan salah satu daripada teras Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat bagi menyantuni masyarakat serta komuniti yang memerlukan.

“Program yang telah masuk tahun kelima ini menyasarkan lebih ramai lagi anak-anak yatim dalam persiapan mereka ke sesi persekolahan baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, 17 pusat kebajikan telah dikenalpasti dan bagi tahun ini pihaknya telah kembangkan kepada 19 pusat kebajikan anak yatim di sekitar negeri Selangor.

Beliau berkata, sumbangan itu juga diharapkan dapat memberikan suntikan semangat serta keceriaan kepada anak-anak ini untuk memulakan alam persekolahan dengan cemerlang sekali gus mempertingkatkan prestasi akademik.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Datuk Seri Khanafi Hussin pula menzahirkan penghargaan terima kasih kepada rakan strategik korporat CSR di atas sumbangan yang diperuntukan bagi menjayakan Program Jom ke Sekolah bersama CSR ini.

““Alhamdulillah, sumbangan perkakasan persekolahan yang diterima ini pihak YIDE telah mula diedarkan kepada 19 buah rumah anak yatim seliaan YIDE secara berperingkat bermula 13 April 2022 yang lalu dan hari ini adalah lokasi terakhir sebagai signifikan gimik pihak YIDE laksanakan.

“Baju sekolah yang digunakan oleh anak anak yatim melalui sumbangan CSR ini adalah dijahit sendiri oleh asnaf-asnaf yang mendapat latihan daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, 50 anak-anak yatim Rumah Bakti Al Kausar, Bandar Baru Bangi turut menerima sumbangan duit raya bagi bagi menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI