fbpx

Wanita miliki dua rahim, dua faraj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bell disahkan mempunyai dua rahim dan dua faraj ketika berusia 28 tahun. - Carter News

PHOENIX, Arizona – Seorang wanita yang memiliki dua rahim dan dua faraj mendedahkan bahawa dia  berdepan kesakitan yang teruk semasa datang haid pada setiap bulan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Leanne Bell berkata,  dia juga terpaksa menggunakan dua lampin jenis tampon dalam masa sama kerana mempunyai dua saluran haid berbeza.

“Pada kebanyakan masa, haid saya akan datang pada waktu sama maka kekejangan yang saya alami sangat dahsyat sehingga terpaksa berbaring di atas katil selama beberapa hari.

“Namun, untuk tiga bulan dalam setahun, saya akan mendapat haid yang berbeza dari dua saluran faraj jadi ketika itu, kekejangannya tidak begitu teruk,” jelas Bell.

Menurutnya,  dia mengetahui sindrom dua rahim dan dua faraj yang dialaminya apabila mahu memasang alat kawalan kehamilan IUCD ketika berusia 28 tahun.

Doktor yang cuba memasang IUCD terkejut apabila mendapati terdapat dua saluran faraj dan gagal memasukkan alat tersebut.

“Keadaan rahim dan faraj saya disahkan selepas saya menjalani ujian ultrasound. 

“Buat masa sekarang, saya tidak mempunyai perancangan untuk membuang salah satu daripadanya,” kata Bell. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI