fbpx

Tukang cuci maut terperosok bawah MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan wanita warga emas yang terperosok di bawah MPV dalam kemalangan di Bandar Baru Ampang, di sini pagi tadi.

AMPANG – Seorang tukang cuci maut akibat dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan terperosok di bawah kereta itu dalam kemalangan di Bandar Baru Ampang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan berlaku pada pukul 11 pagi melibatkan MPV jenis Perodua Alza dan seorang wanita warga emas.

“Pemandu MPV terbabit sedang membuat pusingan U dari Jalan Wawasan 2/4 menuju ke Jalan Wawasan 2/7 lalu terlanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan tersebut.

“Rempuhan menyebabkan wanita berusia 68 tahun itu terperosok di bawah MPV dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu yang gagal memastikan lalu lintas selamat sebelum membuat pusingan U.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi bebas yang menyaksikan kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI