fbpx

Tipu urus niaga di Tinder, 5 lelaki diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan digunakan suspek bertujuan menipu mangsa melalui aplikasi Tinder.

AMPANG JAYA – Kegiatan lima lelaki menjalankan penipuan urus niaga dalam talian menerusi aplikasi Tinder mengundang padah apabila diberkas polis dalam serbuan di sebuah apartmen sekitar Taman Nirwana, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan polis pada pukul 3 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik membawa kepada penahanan lima lelaki termasuk dua lelaki warga China berusia lingkungan 19 hingga 43 tahun.

“Kita juga turut merampas sebuah laptop, beberapa telefon bimbit serta peralatan untuk sambungan jalur lebar internet,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek akan berkenalan dengan mangsa melalui Tinder dan berbual menerusi aplikasi Wechat.

Mengulas lanjut, suspek akan menawarkan barangan mewah kepada mangsa dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

“Sebaik sahaja pembayaran diterima, barangan yang dijanjikan tidak diserahkan kepada mangsa.

“Kesemua suspek telah beroperasi menjalankan kegiatan penipuan ini kira-kira sebulan yang lalu,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan secara tidak jujur supaya menyerahkan harta kepada mana-mana orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI