ALOR SETAR – Tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan maut dalam kebakaran sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong di sini pagi ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, dua mangsa lelaki yang maut dikenali sebagai Mak Barry dan Jeffry Tan Wui masing-masing berusia 30 tahun.
Menurut beliau, mangsa wanita yang maut dalam kejadian itu pula dikenali sebagai Kim Mei Ki, 31.
Mangsa dipercayai maut akibat lemas terhidu asap tebal
“Ketiga-tiga mangsa dipercayai pelanggan pusat karaoke berkenaan dan mereka bermalam di situ,” katanya di sini semalam. – KOSMO! ONLINE