fbpx

Jangan bersedih tidak dapat tunai haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dinasihatkan agar tidak bersedih sekiranya tidak dapat menunaikan haji pada berikutan pengurangan kuota pada tahun ini.-Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengumuman jumlah kuota haji Malaysia semalam yang jauh lebih sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya sudah pasti mengundang perasaan sedih dalam kalangan bakal jemaah haji apabila ada di antara mereka yang tidak dapat ke Tanah Suci Mekah tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, mereka yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini bagaimanapun tidak sepatutnya bersedih dan perlu memahami konsep istita’ah iaitu berkemampuan, yang juga merupakan syarat wajib haji.

“Salah satu syarat wajib haji adalah istita’ah, atau berkemampuan. Jadi walaupun kita berduit dan sihat tubuh badan namun jika perjalanan ke Mekah itu berbahaya sama ada melalui jalan darat atau air contohnya, maka kita tidak dikira berdosa (jika tidak menunaikan haji).

“Rasullullah S.A.W pernah ditanya sama ada ibadah haji itu wajib dilakukan setiap tahun dan baginda menjawab, jika ibadah haji itu diwajibkan setiap tahun maka ia pastinya akan menyusahkan kamu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menurut Idris, yang dikira berdosa serta salah adalah apabila seseorang itu berkemampuan, memiliki tubuh badan yang sihat dan tiada masalah untuk ke Mekah namun tidak mahu berbuat demikian (menunaikan haji).

“Biarpun tidak mampu menunaikan ibadah haji kerana kekangan peraturan dan sebagainya, Insya-Allah, umat Islam akan tetap mendapat pahala daripada Allah,” ujar beliau.

Terdahulu, Idris sebelum ini mengumumkan kuota haji Malaysia bagi tahun 2022 adalah sebanyak 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang diterima pada tahun-tahun sebelumnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI