fbpx

Haji: TH keluarkan surat tawaran mulai Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran kepada bakal jemaah untuk menunaikan ibadah itu di Tanah Suci pada tahun ini mulai Isnin depan.

Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pihaknya kini sedang dalam persiapan terakhir untuk membawa bakal jemaah haji ke Tanah Suci setelah hampir dua tahun tertangguh berikutan Covid-19.

“TH akan mengeluarkan surat tawaran tunai haji bermula hari Isnin depan bersamaan 25 April 2022. Bagi pemilihan jemaah pula, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai pada tahun 2020 diikuti 2021 dan 2022.

“Ia berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan. Rayuan haji juga boleh dibuat melalui platform atas talian THiJARI yang juga telah dibuka dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram,” katanya pada Majlis Pengumuman Penting Haji di Menara TH di sini tadi.

Dalam perkembangan sama, bercakap mengenai ujian RT-PCR yang perlu dijalankan bakal jemaah, Amrin berkata, ujian tersebut perlu dibuat 72 jam sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.

“Sekiranya bakal jemaah disahkan positif, kuota mereka akan digantikan dengan jemaah lain yang berada dalam giliran selepas angka 14,306,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI