fbpx

Sempat nikah di katil hospital, sebelum isteri meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan situasi upacara akad nikah di sebuah bilik di hospital yang membuatkan ramai sebak.

PETALING JAYA – Kisah sayu yang dikongsikan seorang lelaki menjadi tular apabila dia menceritakan perjalanan manis hidupnya bersama arwah isterinya walaupun tempoh perkahwinan mereka hanya sekejap.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik lelaki tersebut, dapat dilihat upacara akad nikah dia dan isterinya dilakukan di dalam sebuah bilik di hospital.

Dapat disaksikan juga, ketika upacara berlangsung, si isteri dalam keadaan terlantar sakit sambil baring di atas katil hospital serta disertai oleh beberapa ahli keluarga mereka yang lain.

Kapsyen yang ditulis pada video berkenaan turut mengundang sebak orang ramai kerana rata-ratanya melihat bukti kasih sayang lelaki tersebut menerima isterinya seadanya.

“Sampai jumpa di keabadian, akan ku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi,” tulisnya.

Lebih menyayat hati adalah di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan bidadari syurganya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat untuk lelaki tersebut agar kekal tabah meneruskan kehidupannya walaupun tanpa kasih seorang isteri di sisi.

“Jodohnya seketika di dunia, tapi berkekalan di sana nanti,” ujar seorang pengguna.

“Kuat cinta abang pada arwah isteri, sanggup menggembirakan hatinya sebelum dia pergi meninggal dunia, moga Allah pelihara kasih dan cinta kalian berdua sampai syurga,” kata pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI