fbpx

Semoga Allah pelihara keselamatan saya – Radhi OAG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radhi OAG tiba di Mahkamah Petaling Jaya sebentar tadi.

PETALING JAYA – “Insya-Allah, semoga Allah pelihara keselamatan saya. Amin,”.

Demikian kata-kata vokalis kumpulan OAG, Radhi selepas didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isterinya Selasa lalu.

Radhi berkata, dia menyerahkan kes yang berlaku kepada pihak berkuasa.

“Alhamdulillah. Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya sambil dibawa anggota polis.

Sementara itu,  peguam yang mewakili Radhi, Haziq Aizuddin Datuk Subhi berkata, dalam prosiding hari ini mahkamah telah membenarkan penyanyi itu diikat jamin dan setakat ini serahan dokumen masih belum diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI