fbpx

Ruslan kini Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis serah terima tugas di IPK Negeri Sembilan hari ini.

SEREMBAN – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menyaksikan perlantikan Ketua Polis Negeri baharu, Datuk Ruslan Khalid bagi menggantikan Datuk Mohamad Mat Yusop berkuat kuasa hari ini.

Ruslan yang merupakan bekas Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman Yusop yang menggantikan Mohamad yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass di IPK Negeri Sembilan di sini hari ini.

Ruslan ketika ditemui selepas majlis tersebut berharap dapat menjalankan tugas dengan amanah dan baik selain memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepimpinan terdahulu dengan penuh kredibiliti.

Sementara itu,  dalam perkembangan lain, Zaini berkata, hanya 10 peratus pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibenarkan untuk bercuti sempena Hari Raya Aidilfitiri ini. Terdapat kira-kira 123,000 anggota termasuk pegawai polis di seluruh Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI