fbpx

Polis kesan dua lelaki gagal samun warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua lelaki dipercayai cuba menyamun seorang wanita warga asing di Persiaran Dutamas malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua lelaki disyaki cuba menyamun seorang wanita warga asing sehingga mendatangkan kecederaan di hadapan sebuah sekolah sekitar Persiaran Dutamas, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata kejadian itu berlaku pada pukul 8.53 malam ketika mangsa yang merupakan pelajar sedang berjalan ke pusat beli-belah bersama seorang rakan wanita warga asing.

“Mangsa berusia 26 tahun itu kemudian dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis tidak pasti dengan nombor pendaftaran WB9352P.

“Wanita terbabit telah bertindak merakam aksi kedua-dua lelaki tersebut menggunakan telefon bimbit setelah menyedari perbuatan suspek yang sangat mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek si pembonceng seterusnya turun dan menghampiri mangsa untuk merampas telefon bimbit tersebut namun gagal sehingga berlaku pergelutan sebelum memukul belakang badan wanita itu menggunakan dahan kayu sehingga cedera.

Katanya, mangsa seterusnya berlari untuk meminta bantuan pengawal keselamatan sekolah yang sedang bertugas menyebabkan kedua-dua suspek itu terus beredar dari lokasi kejadian.

“Susulan itu, mangsa telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur akibat mengalami kecederaan lebam di bahagian belakang badan.

“Polis kini sedang giat mengesan suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 393/323 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI