fbpx

Pesakit paling lama dijangkiti Covid-19 selama 505 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS percaya virus Covid-19 bertahan dan bermutasi dalam badan pesakit yang lemah imun, menyebabkan kemunculan varian baharu serupa dengan Omicron. – Shutterstock/ Fit Studio

LONDON – Seorang pesakit di Britain dilaporkan bertarung dengan koronavirus selama hampir 18 bulan, dipercayai jangkitan Covid-19  paling lama di dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Saintis-saintis berkata, pesakit yang identitinya tidak didedahkan itu akhirnya meninggal dunia setelah imunitinya merosot dengan teruk.

Pakar-pakar tidak dapat mendedahkan butiran seperti keadaan pesakit, umur atau sama ada dia telah divaksin atau sebaliknya.

Kes tersebut didedahkan oleh penyelidik-penyelidik dari King’s College London dan sebuah yayasan milik Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Mereka melakukan kajian terhadap sembilan pesakit berlainan yang memiliki sistem imuniti lemah disebabkan pemindahan organ, HIV dan kanser. Kajian itu dilakukan antara Mac 2020 hingga Disember 2021.

Keputusan kajian mendapati empat daripada mereka meninggal dunia, dua lagi memerlukan rawatan antivirus untuk menghilangkan jangkitan dan dua pesakit lain akhirnya sembuh tanpa rawatan.

Bagaimanapun, pesakit kesembilan turut dijangkiti Covid-19 sejak 412 hari yang lalu. Sekiranya virus tersebut gagal diatasi sebelum kemas kini seterusnya, ia akan mengatasi rekod 505 hari yang dicatat oleh pesakit lain. 

Secara purata, sembilan pesakit itu telah bertarung melawan Covid-19 selama 72 hari sebelum mereka sama ada pulih, meninggal dunia atau kajian tersebut berakhir.

Pasukan itu turut mengesan satu kes ‘jangkitan ganjil’ iaitu di mana seseorang yang disangka pulih setelah negatif saringan Covid-19, namun badannya kemudian didapati masih mempunyai virus tersebut. 

Penyelidikan berkenaan dibentangkan di Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah di Portugal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI