fbpx

Pengumuman kelonggaran pemakaian pelitup muka minggu depan – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin mendengar penerangan daripada doktor pakar ketika melawat Dewan Bilik Bedah (Hybrid OT) sewaktu lawatan kerja Menteri Kesihatan dan Majlis Penyerahan Projek Bangunan Tambahan Blok Baharu Institut Ekdokrin Hospital Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – “Tunggulah minggu depan,” itu komen ringkas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditanya mengenai kelonggaran pemakaian pelitup muka.

Menurut beliau, apa-apa pengumuman terbaharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) pelitup muka akan diumumkan minggu depan.

Sebelum ini, ada khabar angin kononnya kerajaan akan melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka memandangkan negara kini sedang menuju ke arah Fasa Peralihan ke Endemik.

Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan mengumumkan kelonggaran demi kelonggaran berkenaan SOP pematuhan dan penguatkuasaan selari dengan kejayaan negara mengawal pandemik Covid-19.

“Tetapi biarlah kita lambat sedikit (umumkan kelonggaran) asalkan kita selamat dan janganlah kita mengulangi kesilapan dari negara lain.

“Antara kelonggaran itu termasuklah membabitkan sambutan Hari Raya tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Institut Endokrin, Hospital Putrajaya, hari ini.

Katanya, beliau ingin mengingatkan semua bahawa negara masih berada di dalam fasa peralihan endemik dan harus mematuhi segala SOP yang masih berkuatkuasa.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat pengurusan pandemik di Malaysia pada hari ini semakin berjaya dimana kes semakin terkawal, kemasukan ke hospital semakin menurun, kadar kematian terus menurun dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) juga menurun.

“Keadaan itu meyakinkan kerajaan untuk memberi segala kelonggaran sehinggalah kita dapat melaksanakan majlis pada hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI