fbpx

Pencuri malas tertidur enam jam selepas pecah masuk kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan suspek pada keesokan paginya selepas dia dikejutkan daripada tidur yang nyenyak. – The Sun

LONDON – Polis Britain menahan seorang pencuri yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah kereta selama semalaman  selepas memecah masuk ke dalam kenderaan tersebut, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut laporan, pencuri itu dilihat berkeliaran di kawasan kejiranan tersebut sebelum membuka pintu sebuah kereta Audi Q7 yang diletakkan diluar  sebuah rumah di Midlands Barat, England baru-baru ini.

Dia mengambil wang tunai, fon kepala dan beberapa barangan peribadi sebelum tertidur selama enam jam dan disedari oleh anak pemilik kenderaan tersebut keesokan paginya.

“Kami tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.

“Ia agak menakutkan apabila melihat terdapat seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam kereta, namun kelakar kerana dia begitu nyenyak tidur di dalamnya,” kata pemilik kereta tersebut, Zoe Reed.

Tambah Reed, pencuri berkenaan dikejutkan oleh anggota polis yang tiba selepas dihubungi.

“Anggota  polis mengejutkannya dan berkata ‘Helo, apa yang anda buat di sini?’”

“Perkara pertama yang dikatakan oleh pencuri itu adalah ‘anda tidak boleh menangkap saya kerana mencuri disebabkan saya tidak melarikan diri dengan apa-apa barangan’.

“Kami berpeluang melihat situasi kelakar itu. Terdapat pencuri paling malas di Britain yang tidur di dalam kereta kami,” ujar Reed.

Dalam pada itu, Polis Midlands Barat mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dari Tamworth, Staffordshire. Dia diberkas dan didakwa atas kesalahan mencuri daripada  kenderaan bermotor dan memecah masuk kenderaan. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI