fbpx

Pemburu dikecam bunuh gajah gading besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kachelhoffer bergambar dengan gajah yang telah dibunuhnya di Botswana. – Facebook

GABORONE, BOTSWANA – Seorang pemburu haiwan liar berdepan kotroversi di peringkat antarabangsa selepas menembak mati seekor gajah bergading besar di Botswana, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Leon Kachelhoffer merupakan pemburu profesional yang dibayar oleh pelanggan dari seluruh dunia untuk membantu mereka memburu beberapa jenis haiwan paling berbahaya di Benua Afrika.   

Baru-baru ini, dia diupah  sebanyak AS$50,000 (RM214,328) untuk membunuh gajah yang didakwa paling besar pernah diburu secara profesional sejak tahun 1996.

Gajah itu dikenali sebagai ‘gading besar’ atau ‘ratusan pound’ disebabkan saiz badan dan gading miliknya.

Haiwan yang dibunuh dengan satu das tembakan itu dilaporkan berusia sekitar 50-an dan telah melepasi usia pembiakan.

Tindakan Kachelhoffer yang membunuh haiwan liar itu mendapat kritikan meluas sehingga dia terpaksa menukar tetapan peribadi pada akaun Facebook miliknya.

Dia bagaimanapun tampil mempertahankan tindakannyan  dalam program podcast,  Blood Origins yang dihoskan pengasasnya, Robbie Kroger.

“Untuk mendapat kesempatan memburu gajah jantan seperti itu, ia adalah satu keistimewaan. Apabila anda membunuhnya, anda akan berfikir mengenai kehidupan hebat yang diharungi oleh  gajah itu,” katanya.

Tambah Kachelhoffer, memburu merupakan  kaedah pemuliharaan lestari yang turut membantu memacu ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan makanan kepada penduduk setempat. Dalam masa sama, aktiviti tersebut turut menarik kehadiran pelancong luar.

“Pemburuan ini telah memberi pekerjaan kepada penjejak  haiwan dan bekalan daging untuk 350 kampung sekitar,” ujarnya.

Aktiviti pemburuan gajah dilaporkan menyumbang sebanyak AS$2.7 juta (RM11.58 juta) kepada ekonomi Botswana pada tahun lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI