fbpx

Pemandu Proton Preve pandu lawan arus diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular di Facebook memaparkan sebuah Proton Preve berwarna hitam memandu secara melawan arus.

SEREMBAN – Pihak polis sedang giat mengesan pemandu sebuah kereta Proton Preve berwarna hitam yang memandu secara melawan arus di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) seperti yang tular di media sosial Facebook malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 11.15 pagi di Kilometer 13.2 arah Utara SPDH.

“Kenderaan (Proton Preve) ini telah bergerak di lorong kecemasan secara melawan arus menuju ke arah Utara dan perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Sehingga kini, pemandu kenderaan tersebut masih belum dipastikan. Namun begitu, pihak polis sedang giat mengenal pasti dan mengesan pemandu kereta terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Tambah beliau, sebarang makluman mengenai kejadian ini, boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Inspektor Sankar di talian 014-6000353.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI