PETALING JAYA – Usahawan tudung, Mawar Karim dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Utara tanah air.
Desas-desus tersebut didedahkan seorang netizen kepada Kosmo! Online menerusi direct message (DM) Instagram.
“Mawar tu dah kahwin dengan di Bukit Tinggi, Pahang,” tulis satu sumber ringkas melalui DM yang ditinggalkan.
Turut disertakan dengan pendedahan tersebut termasuklah beberapa keping gambar pengasas jenama Tudung Fareeda itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka. Antara VIP yang juga kenalan terdekat pengantin yang turut ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet.
“Dia dah 5 Februari,” tambah sumber.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada benar atau tidak keaslian gambar tersebut.Yang jelas, hanya Mawar dilihat berpakaian serba putih seperti lazimnya digayakan pengantin pada hari pernikahan.
Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim, 33, juga belum berhasil apabila panggilan telefon dan pesanan yang ditinggalkan di WhatsApp tidak berbalas.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar itu sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang yang berkerjaya seorang ahli perniagaan juga berasal dari Utara tanah air.
Sungguhpun begitu, Mawar ketika ditemu bual enggan mendededahkan status lelaki itu kerana menurutnya, hubungan mereka masih terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum iaitu lebih kurang setahun perkenalan. – KOSMO! ONLINE