fbpx

Nenek diberkas edar syabu, heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIOR Faridalathrash (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai pada sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang wanita berusia 73 tahun disyaki pengedar dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Aulong Maju di Taiping pada pukul 7 malam kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika serbuan, suspek berada seorang diri di rumah bersama satu bungkusan plastik berisi syabu seberat 1,000 gram (g) dan 30 bungkus heroin seberat 450g bernilai RM115,750.

“Suspek memiliki rekod kesalahan lampau, namun bebas sebarang pengambilan dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Suspek yang tidak bekerja direman lima hari bermula semalam mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bersama 3,188g heroin di Bandar Seri Botani di sini kelmarin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI