fbpx

Mahu rasa bubur lambuk negeri lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FARID (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pengurus Masjid Jamek Kampong Bharu, Mohalim Isman (tengah).

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar beras, Era Foods MY (Beras Era) dengan kerjasama Media Mulia Sdn. Bhd. mengagihkan sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk bersama 1,000 paket beras Era Sultan Basmathi peket kecil seberat 400 gram kepada orang ramai di Masjid Jamek Kampong Bharu di sini kelmarin.

Pengarah Komersial Era Foods My, Ahmad Farid Kamarudin berkata, program edaran itu melibatkan beras jenama syarikat iaitu beras Era Nagasari Super Spesial Tempatan yang digunakan sebagai bahan utama di dalam resepi bubur lambuk berkenaan.

“Kami menyerahkan sebanyak 300 kilogram beras kepada pasukan tukang masak bagi menyediakan masakan yang popular di Kampong Bharu di sini bila tibanya bulan Ramadan.

“Kualiti beras keluaran Era berkualiti, sedap dan enak dimakan atau dimasak dengan masakan tradisi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu di sini baru-baru ini.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar.

MOHAMAD AZLAN (kanan) menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang hadir pada Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur kelmarin.

Sementara itu, Farid memberitahu, syarikat berharap melalui promosi berterusan, lebih ramai orang akan merasai keunikan beras Era Sultan Basmathi kerana ditawarkan pada harga berpatutan berbanding beras jenama lain.

“Beras Era Sultan Basmathi adalah antara beras terbaik di dalam pasaran setanding dengan beras-beras lain.

“Dari segi harga pula, ia adalah mampu milik bagi setiap golongan kerana harganya jauh lebih murah berbanding beras dalam segmen basmathi di pasaran.

“Orang ramai boleh mendapatkan beras tersebut pada harga sekitar RM26 hingga RM28 bagi beras lima kilogram, berbeza dengan jenama lain mungkin boleh mencecah sehingga RM50, sekali gus menjadikan produk kami jauh mampu milik dengan slogan kata ‘Basmathi untuk semua’,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mahu mengekalkan kerjasama syarikat dengan Media Mulia bagi tahun-tahun berikutnya kerana meraih maklum balas yang memberangsangkan serta bercadang untuk memperluaskan lagi edaran bubur lambuk di seluruh negara.

“Kemungkinan untuk tahun hadapan kita akan memperluaskan lagi ke kawasan lain seperti negeri Kelantan atau Melaka untuk mencuba resepi-resepi yang ada di bahagian sana kerana setiap negeri mempunyai keistimewaannya tersendiri,” jelasnya.

Beras Era bakal menemui masyarakat di Johor Bahru untuk program pengagihan bubur lambuk pada minggu hadapan yang menjadi lokasi terakhir aktiviti tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI