fbpx

Lelaki Britain disaman bayang kereta ceroboh ruang parkir OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kereta Cole yang diparkir dengan bayangnya berada di ruang parkir orang kurang upaya. – Matthew Cole

LONDON – Seorang lelaki Britain mendakwa bahawa dia disaman hanya kerana bayang keretanya berada di ruang parkir orang kurang upaya (OKU), lapor akhbar Mirror UK semalam.

Matthew Cole dikenakan denda sebanyak £65 (RM364.54) oleh warden trafik kerana meninggalkan keretanya di luar sebuah pejabat pos. 

Tukang kebun bekerja sendiri itu terkejut apabila menerima surat saman awal bulan lalu yang menyatakan bahawa dia meletak kereta secara haram.

Gambar yang dikirimkan oleh Majlis Perbandaran Lewisham menunjukkan kereta jenis Ford miliknya diparkir di kawasan tidak bertanda bersebelahan ruang parkir orang kurang upaya.

Bagaimanapun, hanya bayang keretanya berada di ruang itu. 

“Ini tidak masuk akal. Tiada papan tanda di kawasan saya meletak kenderaan dan gambar yang mereka hantar menunjukkan hanya bayang kereta saya berada di ruang parkir OKU.

“Saya ketika itu membawa anak perempuan ke perlawanan bola sepak di padang dan pernah meletak kereta di tempat sama sebelum ini tanpa ada masalah,’’ katanya.

Cole membuat rayuan dengan mengatakan bahawa tiada papan tanda ruang parkir OKU di kawasan dia meletakkan kenderaannya.

Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Lewisham menolak rayuan itu dan berpegang kepada dakwaan bahawa dia melakukan kesalahan sedemikian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI