fbpx

Lebih enak bubur lambuk guna beras Era Nagasari Super Spesial Tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS Masjid Jamek Kampong Bharu menyiapkan proses terakhir bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai.

KUALA LUMPUR – Selain keenakan juadah berbuka puasa di bazar, bulan Ramadan akan lebih indah dengan sajian bubur lambuk.

Bertepatan dengan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Era Foods MY (Beras Era) dan Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) bubur lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu menjadi pilihan.

Syarikat penaja, Beras Era telah menyumbang beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan untuk dijadikan masakan utama bagi hidangan popular di Lembah Klang itu.

Menurut Ketua Tukang Masak Bubur Lambuk, Masjid Kampung Baru, Adham Abd. Manan, proses penyediaan bubur lambuk menjadi lebih mudah dengan menggunakan beras tersebut.

“Beras ini tidak seperti jenama beras yang lain kerana apabila dimasak, beras akan menjadi kembang, tidak berair, dan beras juga kurang pecah.

“Kualiti beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan memang terbaik, selepas ini saya akan gunakan beras ini untuk masakan saya pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program edaran bubur lambuk bersempena program tersebut baru-baru ini.

Turut hadir Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar serta Pengarah Komersial Era Foods MY, Ahmad Farid Kamarudin.

Tambah Adham, untuk memasak hidangan kali ini, pasukannya hanya memerlukan kira-kira dua jam bagi menyediakan sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai bermula pukul 4.30 petang.

Tambahnya, bau masakan tersebut telah membuatkan ramai orang teruja beratur sejak awal kerana tidak sabar untuk mengambil bubur lambuk yang diedarkan.

“Bila kami selesai memasak, bau bubur lambuk sangat wangi, inilah keunikan beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan.

“Apa sahaja juadah masakan memang serasi jika digunakan beras ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia mengesyorkan orang ramai untuk membeli beras daripada keluaran Beras Era bagi mendapatkan kualiti yang terbaik setanding beras-beras lain.

Lebih menarik katanya, harga yang ditawarkan di pasaran juga sangat berpatutan bersesuaian dengan bajet masyarakat masa kini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI