fbpx

Kumpulan Syarikat Ehsan cadang buka dua hotel baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Hamid (kiri) bersama Shahul Hameed (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak yatim sempena majlis Jelajah Ihya Ramadan Ehsan di Port Dickson baru-baru ini.

PORT DICKSON – Kumpulan Syarikat Ehsan bakal membuka dua buah hotel baharu untuk meluaskan rangkaian pasaran dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri perhotelan negara.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan, Datuk Abdul Hamid P.V. Abdu berkata, melihat kepada proses pemulihan dalam sektor pelancongan semakin baik seiring pembukaan sempadan negara pada awal bulan ini, pihaknya optimis terhadap perkembangan industri berkenaan.

Menurut beliau, kumpulan akan terus memberi tumpuan untuk memperbaiki dan menaik taraf kemudahan bagi meningkat keyakinan pelanggan untuk berkunjung ke hotel-hotel milik Ehsan.

Buat masa ini, Kumpulan memiliki hotel di Port Dickson, Pulau Pinang dan Langkawi.

“Dalam fasa peralihan ke endemik ini, sudah tentu kami mula memberikan lebih fokus kepada sektor pelancongan dan hospitaliti seperti di taman tema iaitu Ehsan Water Park di Pasir Panjang, Port Dickson dan Hotel Ehsan Seaview, Port Dickson selain sebuah hotel ma­sing-masing di Pulau Pinang dan Langkawi.

Ehsan Water Park

“Kami sedang dalam perbincangan untuk membina dua buah hotel lagi dan juga sedang melihat potensi pelancongan di Terengganu serta beberapa lokasi lain mengambil kira sempadan negara yang telah dibuka sejak 1 April lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan anjuran Kumpulan Syarikat Ehsan di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Palong, Mustapha Nagoor dan Ketua Pegawai Eksekutif Human Resource Development Corporation (HRDCorp), Datuk Shahul Hameed Dawood.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, melihat kepada pertambahan kunjungan orang ramai ke taman tema dan hotel milik syarikat, pihaknya telah mengambil seramai lebih 100 orang pekerja baharu,” katanya.

Sementara itu, seramai 3,500 anak ya­tim, asnaf dan golongan memerlukan di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada Program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan.

“Kami menyumbang sebanyak RM100 hingga RM150 setiap seorang termasuk bakul makanan selain kupon berbuka puasa.

“Ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat untuk membantu golo­ngan yang memerlukan di seluruh negara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI