fbpx

JDT ikat Kawasaki Frontale 0-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bergson Da Silva dikawal pemain pertahanan Kawasaki Frontale, Joao Schmidt pada perlawanan ACL di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menyaingi kehebatan pasukan Jepun, Kawasaki Frontale untuk berkongsi mata pada aksi Liga Juara-juara Asia (ACL) yang berlangsung berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Keputusan itu menyaksikan kedudukan dalam Kumpulan I tidak berubah setelah skuad Harimau Selatan kekal di posisi pertama dengan tujuh mata manakala Kawasaki Frontale di kedudukan kedua dengan lima mata.

Kawasaki Frontale selaku salah satu kelab gergasi Asia dilihat tenang menguasai permainan dengan mencari ruang bagi merobek benteng pasukan tuan rumah bagi mendapat gol awal.

Skuad bimbingan Toru Oniki hampir memecahkan kebuntuan pada minit kesembilan menerusi rembatan Leandro Damiao namun percubaan penyerang kelahiran Brazil itu dinafikan penjaga gol Farizal Marlias.

Juara Liga 1 Jepun (J1 League) musim lalu itu sekali lagi mendatangkan resah buat kem Harimau Selatan menerusi rembatan deras Daiya Tono yang mendapat umpanan Marco Barbosa, malangnya rembatannya sekadar melewati palang gol pada minit ke-26.

Barbosa yang lincah melakukan larian di sayap kiri melepasi kawalan pemain pertahanan bagaimanapun tidak berjaya mencari jalan bagi mengumpan bola kepada Leandro untuk membuka jaringan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI