fbpx

MySejahtera: KJ sedia dipanggil semula PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid di Masjid Tuanku Sultan Miizan Zainal Abidin, Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia dipanggil semula Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu aplikasi MySejahtera.

Beliau berpuas hati dengan keterangan yang diberikan kepada PAC berhubung isu itu pada 14 April lalu dan setakat ini, jawatankuasa tersebut belum menghubunginya untuk memberi keterangan sekali lagi.

“Belum lagi (dipanggil), saya juga tidak pasti apa yang dimaksudkan Pengerusi PAC (Wong Kah Woh,) kerana sudah menjelaskan semuanya (dalam keterangan sebelum ini),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program mQUIT Masjid di sini hari ini.

Semalam, Kah Woh memaklumkan, kerajaan ‘keliru’ siapa yang melantik KPISoft Sdn. Bhd. sebagai vendor MySejahtera berikutan tiada kontrak formal antara syarikat itu dengan kerajaan.

Putrajaya sepatutnya memuktamadkan terma kontrak dari awal dan bukan hanya membuat tawaran harga kepada vendor sekarang.

Pada 14 April lalu, PAC mengadakan prosiding bersama Khairy dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung isu Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera.

Sementara itu, ditanya sama ada MySJ mempunyai akses terus kepada pangkalan data MySejahtera dan boleh membuat pindaan rekod, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu tidak dibenarkan, malah pihak berkenaan perlu meminta kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.

“Apa sahaja aduan yang dia (MySJ) dapat sama ada oleh wakil syarikat mesti mendapatkan kebenaran KKM bersama sebab MySJ mengurus dan menyelenggara aplikasi itu,” katanya.

Berhubung keputusan untuk memansuhkan keperluan daftar masuk menggunakan MySejahtera, Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat pada minggu hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI