PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka berlaku di Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak melibatkan beberapa daerah pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, antara kawasan terlibat di Pulau Pinang adalah sekitar Barat Daya dan Timur Laut.
Selain itu, di Pahang, hujan lebat serta ribut petir diramal melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Temerloh.
“Manakala bagi negeri Sarawak pula, cuaca buruk yang sama dilaporkan tertumpu di kawasan Sibu (Kanowit) dan Kapit.
“Keadaan tersebut dijangka akan berterusan sehingga pukul 10 pagi nanti,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE